Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 19 Dis 2018
Versi 8.1.2
 
Piagam Pelanggan

Kami menjanjikan pelanggan - pelanggan perkhidmatan yang telus, berkesan dancekap seperti yang termaktub dalam Piagam Pelanggan kita seperti di bawah:

(a) Permohonan Lesen Pungutan Awam yang telah lengkap diisi akan di maklumkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja;

(b) Perlanjutan tempoh Lesen Pungutan Awam akan dimaklumkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;

(c) Permohonan Lesen Perkahwinan Khas Bukan Islam yang telah lengkap diisi akan diluluskan dalam tempoh satu (1) hari bekerja;

(d) Permohonan Surat Kuasa Mentadbir (LA) atau Probet Wasiat diluluskan dalam tempoh (10) hari bekerja;

(e) Permohonan Pindah Hakmilik Senapang Patah (Shotgun) melalui Probet yang lengkap dan diterima oleh Pejabat Daerah akan diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja;

(f) Keputusan permohonan Pindah Hakmilik Senapang Patah (Shotgun) melalui Probet yang lengkap dan diterima oleh Pejabat Residen akan dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja;

(g) Permohonan Permit Membeli Peluru Senapang Patah (Shotgun) akan disiapkan serta - merta;

(h) Tempoh urusan bagi Nama - nama Perniagaan adalah seperti berikut:

         i. Pendaftaran Nama - nama Perniagaan (Baru) - akan disiapkan dalam tempoh lima

            (5) hari bekerja;

         ii. Pengeluaran Ekstrak Nama - Nama Perniagaan - akan disiapkan dengan serta merta;

         iii. Pindaan Butir - Butir dan Pembatalan Nama - Nama Perniagaan - akan disiapkan 

              dalam satu (1) hari;

(i) Permohonan Sijil Anak Angkat yang diterima akan disiapkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja;

(j) Projek - projek Kecil Luar Bandar (MRP) siap dilaksanakan mengikut peraturan - peraturan kewangan dalam tahun semasa;

(k) Pengurusan Acara diurus mengikut perancangan yang ditetapkan oleh jawatankuasa penganjur;

(l) Laporan Suku Tahun Prestasi Pelaksanaan Projek - Projek Rancangan Malaysia dapat disiapkan  dan dihantar kepada Jabatan Ketua Menteri (Unit Pelaksanaan dan Pemantauan Negeri) dalam setiap tiga (3) bulan sekali, yakni minggu kedua setiap bulan Januari, April, Julai dan Oktober;

(m) Resit pembayaran akan dikeluarkan serta - merta bagi semua pungutan hasil dari orang awam;

** Tempoh pemprosesan di atas tertakluk kepada borang permohonan adalah lengkap; mematuhi peraturan yang ditetapkan dan pegawai yang bertanggungjawab berada di pejabat.