Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 18 Dis 2018
Versi 8.1.2
 
Sejarah Daerah

ASAJAYA DULU DIKENALI DENGAN NAMA NONOK

 

 

 

 

Picture
Titian Belian 1960an
Picture
Kuarters Kerajaan 1970an
Picture
Bangunan Kedai Nonok Ulu 1982

Nonok sebagai satu kawasan pentadbiran hanya bermula pada 1 Oktober 1970 sebagai Daerah Kecil di bawah pentadbiran Bahagian Kuching. Kewujudannya adalah semasa kemuncaknya kegiatan ancaman komunis di Sarawak. Tujuan utama penubuhan pejabat ini adalah untuk meyakinkan rakyat tentang kehadiran dan komitmen kerajaan di tempat yang terpencil di samping mengambil hati dan kepercayaan penduduk setempat yang terpengaruh dengan dakyah komunis. Kewujudan pentadbiran merupakan detik pembangunan Nonok. Pekan Nonok dan Pusat Pentadbiran Nonok (1) merupakan mercu tanda pembangunan awal daerah kecil ini. Pejabat pertama pentadbiran yang dikenali sebagai kubu Sambir (2) terletak di Kampung Sambir yang merupakan tempat persinggahan utama pada masa itu. Namun begitu sejarah hitam kampung Nonok yang diancam oleh komunis menyebabkan pusat pentadbiran iaitu Pejabat Daerah (3) telah berpindah ke Kampung Melayu Nonok. Sejak itu, kerajaan telah menfokuskan kemajuan kampung sekitar di samping meningkatkan kemudahan keselamatan. Nonok telah berubah menjadi pekan yang sibuk dengan aktiviti ekonomi, perhubungan, sosial, pusat persinggahan dan menjadi fokus pembangunan. Bangunan kedai pekan Nonok (4) yang diperbuat dari atap nipah berdinding papan menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk mendapat segala keperluan harian.

 

 

 

 

Picture
Perasmian Surau Nonok 1969
Picture
Nonok Ulu DC Old School
Picture
Pintu Air Nonok Ulu 1982

Daerah Kecil Nonok telah mengalami proses pembangunan. Rentetan Pembangunan yang berterusan dan Dasar Politik Pembangunan yang dilaksanakan oleh YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri S8, Sebandi, Daerah Kecil Nonok telah ditukar pentadbiran ke Daerah Samarahan pada 1983. Pekan Nonok (1) bertambah ceria dan semakin sibuk dengan penambahan kedai disebelah menyebelah sungai Nonok dan menjadi pusat jaringan perhubungan. Ekoran dari itu juga, pada tahun 1988, YAB Pehin Sri Ketua Menteri, Nonok menukar nama Nonok kepada Asajaya dan Pendam menjadi Sadong Jaya.

 

 

 

 

Picture
Pembangunan Nonok 1964
Picture
Kampung Moyan Tahun 1980an
Picture
Sk Rebak tahun 2001

Politik Pembangunan Ketua Menteri sekali lagi mengubah nasib Daerah Kecil Asajaya. Pada tanggal 30 Disember 1999 melalui warta kerajaan Sarawak Jilid LIV (bil. 38) Asajaya telah dinaik taraf menjadi Daerah penuh. Daerah Asajaya merangkumi kawasan Asajaya, Sadong Jaya dan beliong telah diumumkan secara rasmi beroperasi oleh YAb Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak pada 1 Januari 2002. Pengistiharan ini adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk penyusunan semula pembangunan Daerah yang lenih teratur, bersepadu dan bersistematik.

Pada era 1960an dan 1970an Nonok hanya merupakan penempatan kecil yang tersisih daripada pembangunan. Kedudukannya di kawasan tanah rendah dan berhadapan dengan laut Cina selatan menyebabkan ia sukar dikunjungi. Kebanyakkan kampung-kampung terletak dipinggir sungai menyebabkan kampung ini terdedah dengan air pasang surut. Tiada kemudahn jalan dan jeti yang sempurna. Jalan-jalan kampung menggunakan papan belian , titi papan ,titi batang kelapa dan sebagainya.

 


Hakcipta Terpelihara @www.asajayado.sarawak.gov.my