Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Kemaskini Pada: 26 Jun 2017
Versi 8.0.2
PerutusanPerutusan


Tuan Haji Brahim Lumpu,

Residen Bahagian Samarahan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Residen Bahagian Samarahan. Sebagai Agensi prima Kerajaan yang bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pembangunan Bahagian Samarahan, Pejabat Residen Samarahan sentiasa menggembeleng tenaga, usaha dan komitmen dalam memberikan maklumat terkini demi menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik kepada pelanggan dan pengguna.

Sejajar dengan perkembangan semasa yang menekankan kepada penggunaan ICT dalam urusan seharian, Pejabat Residen Samarahan komited bagi menyediakan Laman Web yang mesra pengguna dalam penyampaian perkhidmatannya.

Maklumat berkaitan aktiviti dan kegiatan di Pejabat ini diharap dapat dijadikan sumber rujukan yang bermanfaat kepada semua pihak. Laman Web Rasmi Pejabat Residen Samarahan sentiasa dikemaskini untuk memberikan maklumat yang terkini. Sehubungan dengan itu, semua pelawat laman ini digalakkan untuk memberikan sebarang pandangan, cadangan serta maklumbalas kepada Pejabat ini bagi meningkatkan lagi mutu penyampaian perkhidmatan kami.


Melalui laman ini juga, adalah diharap perhubungan antara pihak pelanggan, pengguna dan masyarakat amnya dengan staf Pejabat Residen Samarahan ini dikukuhkan selari dengan slogan kami “Merakankan Masyarakat”. Semoga ianya menjadi wadah yang berguna kepada kita semua.

Selamat melayari Laman Web Rasmi Pejabat Residen Samarahan.

Terima kasih.