Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Kemaskini Pada: 17 Ogos 2017
Versi 8.0.2
Profil Bahagian SamarahanProfil Bahagian Samarahan

PROFIL BAHAGIAN SAMARAHAN






LATAR BELAKANG

Bahagian Samarahan telah diisytiharkan sebagai Bahagian Kelapan pada tahun 1987. Ia terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandaraya Kuching dan boleh dihubungi melalui Jalan darat atau melalui sungai. Bahagian Samarahan yang berkeluasan lebih kurang 4,967.45 kilometer persegi mempunyai tiga daerah, iaitu Samarahan, Simunjan dan Asajaya serta dua Daerah Kecil, iaitu Sebuyau dalam Daerah Simunjan dan Sadong Jaya di Daerah Asajaya.

Pusat Pentadbiran Bahagian Samarahan adalah di Kota Samarahan yang terletak ditebingan Batang Samarahan. Kota Samarahan dahulunya adalah merupakan sebuah Daerah kecil yang dikenali sebagai Muara Tuang dan ketika itu ia adalah di bawah bidangkuasa Daerah Kuching. Pada tahun 1983, ia telah dinaikkan taraf menjadi daerah penuh dan telah dinamakan sebagai Kota Samarahan.

Pada tahun 1987 Kota Samarahan telah dinaikkan taraf sebagai Bahagian yang kelapan di Negeri Sarawak dimana ia telah digabungkan dengan daerah Serian, Simunjan dan Asajaya bagi membentuk sebuah bahagian yang dinamakan sebagai Bahagian Samarahan.

Pada tanggal 1 Oktober 2015 Daerah Serian telah pun dipisahkan dari Pentadbiran Bahagian Samarahan setelah dinaik taraf sebagai Bahagian yang ke-12 di Negeri Sarawak.

Dulunya keadaan geografinya Bahagian Samarahan adalah merupakan kawasan yang berpaya serta sukar untuk dibangunkan, maka aktiviti pertanian ketika itu hanya diusahakan sekadar untuk sara diri sahaja. Atas usaha pro-aktif Kerajaan Negeri yang berjaya melaksanakan pelan induk pembangunan yang komprehensif bertunjangkan falsafah Politik Pembangunan, kini Bahagian Samarahan telah pesat membangun serta dikenali sebagai Pusat Ilmiah.

Dengan terbina dua buah Institut Pengajian Tinggi seperti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan juga Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan sebuah Institut Perguruan Tun Abdul Razak (IPTAR) di Samarahan maka ia telah dikenali sebagai Pusat Ilmiah. Selain dari itu Samarahan juga telah dijadikan lokasi untuk Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan juga Pusat Jantung, Hospital Umum Sarawak.

          

                      UNIMAS                                                                                                     UiTM




Keluasan

Luas kawasan Bahagian Samarahan ialah 2,927.56 kilometer persegi dengan Daerah Simunjan adalah yang terbesar iaitu meliputi 66 peratus keluasan Bahagian ini diikuti daerah Samarahan 20 peratus makala daerah Asajaya mempunyai keluasan yang terkecil yang hanya meliputi kira-kira 14 peratus.

Daerah Dan Keluasan

Bil.

Daerah

Keluasan  (km persegi)

1.

Samarahan

407.08

2.

Simunjan

1,370.12

3.

Asajaya

302.81

Jumlah Keseleruhan

2,080.01

Daerah Kecil dan Keluasan

Bil.

Daerah Kecil

Keluasan  (km persegi)

1.

Sebuyau

847.55

2.

Sadong Jaya

Tiada data

Jumlah Keseleruhan

2,927.56

Sumber: Jabatan Ukur dan Pemetaan Kuching


Jumlah Penduduk Mengikut Pecahan Kaum dan Pecahan Daerah

Bil

Kaum

Tahun 2015

 


           Samarahan

              Simunjan

                 Asajaya

                  Jumlah

1.

Melayu

47,800

22,000

28,000

97,800

2.

Iban

25,600

14,300

3,000

42,900

3.

Bidayuh

6,500

400

200

7,100

4.

Melanau

800

100

100

1,000

5.

Lain-lain (Bumiputera)

2,500

300

100

2,900

6.

Cina

18,400

1,200

2,000

21,600

7.

Lain-lain (Bukan Bumiputera)

800

100

0

900

8.

Bukan Warganegara

800

1,200

200

2,200

Jumlah

103,200

39,600

33,600

273,400

Sumber: Jabatan Perangkaan Negeri Sarawak.2015


Bilangan Penduduk Mengikut Jantina


Bil.


Daerah

Tahun 2015

Lelaki

Perempuan

1.

Samarahan

48,700

54,400

2.

Simunjan

20,100

19,500
3.
Asajaya
17,200
16,400




Jumlah Keseluruhan

86,000

90,300

Sumber: Taburan Penduduk Dan Ciri-ciri Asas Demografi 2010, Jabatan Perangkaan Negeri Sarawak.


Bilangan Penduduk Mengikut Pecahan Kumpulan Etnik

Bil.      

Kumpulan Etnik

Tahun 2015

1.     

Melayu

97,800

2.  

Iban

42,900

3.  

Bidayuh

  7,100

4.
Melanau
  1,000
5.
Lain-lain (Bumiputera)
   900
6.
Cina
21,600
7.
Lain-lain (Bukan Bumiputera)
     900
8.
Bukan Warganegara
  2,200

JUMLAH
174,400

Sumber: Taburan Penduduk Dan Ciri-ciri Asas Demografi 2010, Jabatan Perangkaan Negeri Sarawak

(Dikemaskini pada 25 Februari 2016)